Kerjaya Nina Iskandar

Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011. Sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[4]

Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei.[5] Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions dan ditayangkan pada 23 Februari 2013.[5]

Pada 16 Januari 2014, beliau membintangi bersama Mikail Andre dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, yang menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Luna.[6]

Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama rantaian Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3, lakonan bersama Shukri Yahaya dan Puteri Balqis.[7][8] Beliau juga berlakon sebagai watak utama bersama Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi yang disiarkan di TV3, melakonkan watak sebagai Marina.[9]

Beliau memegang watak sebagai Hana dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Puteri Aishah yang bersiaran di TV2.

Rujukan

WikiPedia: Nina Iskandar http://www.azhan.co/biodata-nina-iskandar-pelakon-... http://www.budiey.com/drana-erna-shuraya-lakonan-t... http://www.imdb.com/name/nm6468226/ http://malaysianaccess.com/azam-baru-nina-iskandar... http://www.theborneopost.com/2013/02/02/brunei-to-... http://www.hmetro.com.my/node/170843 http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=11... http://www.kosmo.com.my/hiburan/nina-iskandar-lela... http://www.kosmo.com.my/hiburan/nina-iskandar-nafi... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d...